Moodle - Cara Pindah folder Database, folder moodle dan fail moodle ke Server Lain

1. Saya menggunakan UwAmp sebagai web server untuk moodle. Anda mesti tahu lokasi folder data moodle yang mengandungi biasanya rajah-rajah soalan atau gambar-gambar pengguna, pangkalan data moodle dan fail moodle itu sendiri.

Rajah di atas menunjukkan 3 fail penting untuk dipindahkan. Satu lagi fail penting iaitu config.php berada dalam folder aplikasi moodle, contoh dalam folder sekolahkuv2.

2. Mengubah maklumat dalam fail config,php
Di bawah adalah sebahagian maklumat asal. Anda boleh mengubah maklumat berwarna biru sahaja IP kepada alamat domain anda seperti htpp://www.yourdomainname.edu.my dan C: (di mana lokasi data moodle (untuk version sahaja - kalau version 1.9+ ada tambahan dirroot.
$CFG->wwwroot = 'http://192.168.1.103/sekolahkuv2';
$CFG->dataroot = 'G:\\UwAmp\\moodlev2';

3. Mengexport database daripada localhost anda.
a. Klik pada Icon UwAmp.
b. Klik buton PHPMYadmin.
c. Pilih database anda berdasarkan maklumat dalam config.php.
d. Tik semua contoh yang diberikan seperti berikut.

e. Tuliskan nama fail untuk di eksport dan klik buton GO.

4. Menukar nama lokasi gambar atau rajah dalam database. Sila rujuk rajah di bawah.
Buka fail sql dengan notepad. Klik edit, klik replace dan masukkan localhost/namafolder dalam ruangan find dan tulis IP server anda atau domain anda dalam ruang replace. Klik replace all. Jangan lupa klik simpan.


5. Mengimport maklumat yang telah diubahsuai ke dalam database baru.
a. Buang semua table dalam database (backup database anda dulu) dan klik buton drop. Semua table akan hilang.
b. klik buton import dan dapatkan fail yang anda ubah tadi. Format sql. Klik buton Go untuk melakukan proses import.
Nota :

1. Aku upgrade version 1.9+ ke version 2.0+. Fail database aku letakkan dalam folder mysql- data. Cadangnya nak buat 2 versi dalam satu web server. Bila run moodle v2, ia minta upgrade. Aku ikut arahan yang diberikan. Ini adalah hasilnya. Tetapi yang kecewanya rajah tak keluar.
2. ubah fail php.ini seperti berikut:
_____________________________________
; Maximum allowed size for uploaded files.
; http://php.net/upload-max-filesize
upload_max_filesize = 100M

; Maximum number of files that can be uploaded via a single request
max_file_uploads = 20

; Maximum size of POST data that PHP will accept.
; http://php.net/post-max-size
post_max_size = 100M

; Maximum amount of memory a script may consume (128MB)
; http://php.net/memory-limit
memory_limit = 1028M
_________________________


Amat malang sekali rajah dan apa-apa yang berkaitan gambar tidak dipaparkan. Puas aku mencari lokasi/ nama fail tersebut namun gagal. Dengan ini terbantutlah aku menggunakan moodle version 2.

Comments

Popular posts from this blog

How to Install ‘IPFire’ Free Firewall Linux Distribution

Installing Moodle on a Debian-based LAMP server

Step by Step Installasi Mikrotik Router x86 pada ProxMox 3.2 Virtual Server